Kelebihan dan kelemahan penukar bermangkin Penukar_bermangkin

Penukar bermangkin berupaya untuk mengurangkan kandungan gas toksik di dalam asap ekzos dalam kadar yang besar, tetapi bagi kenderaan berenjin petrol ia hanya berfungsi dalam keadaan paling optimum jika nisbah udara-bahan api adalah pada takat stoikiometrik. Selain itu, kos pembuatannya juga adalah mahal kerana menggunakan logam-logam berharga sebagai bahan mangkin.

Kecurian pemangkin

Walaupun masih belum terdapat laporan mengenai kecurian penukar bermangkin di Malaysia, kes kecurian penukar bermangkin sudah menjadi serius di beberapa negara luar terutamanya di Amerika Syarikat memandangkan penukar bermangkin menggunakan logam-logam mahal seperti platinum sebagai alat mangkin. Kenderaan yang mempunyai kelegaan bumi yang tinggi seperti SUV dan lori adalah kenderaan yang paling berisiko tinggi dalam kes tersebut. Sungguhpun demikian, walaupun harga platinum adalah mahal (AS$ 1,200 sepaun), namun kandungan logam berharga hanyalah sedikit sahaja, dan jika kandungan platinum bagi satu pemangkin dijual pun harganya sangat jarang melebihi AS$ 50.